Butiran Acara

Program

Seminar ini digelar Seminar Rukhsah Ibadah dan Isu Fiqh

Lokasi

Dewan Konvokesyen di USIM telah dipilih sebagai lokasi pilihan untuk “Seminar Rukhsah Ibadah dan Isu Fiqh (SRIIF)” Dewan yang berkapasiti 500 orang ini sangat strategik dan mendekati hati sasaran peserta iaitu golongan belia yang menuntut ilmu di kampus.

Tarikh

Seminar Rukhsah Ibadah dan Isu Fiqh direncanakan untuk dilaksanakan pada 07:00AM, Jumaat 11 April 2014 sehingga 05.00PM, Sabtu 12 April 2014.

Penyertaan

Acara ini menyasarkan dua golongan utama, iaitu —

Belia

Pelajar Universiti dan juga remaja adalah sasaran utama seminar ini.

Awam

Masyarakat awam termasuk belia, ibu bapa, guru, pendidik, ahli akademik, ilmuan, penggiat badan bukan kerajaan, wakil korporat, pihak industri, warga kementerian dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyoroti isu dan diskusi yang diwacanakan juga dijemput memeriahkan lagi seminar ini. Tema yang dipilih untuk menjayakan “Seminar Rukhsah Ibadah dan Isu Fiqh (SRIIF)” ialah —

“Perubatan Menuju Mardhatillah”